Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekutu Modi: Pihak pembangkang guna sihir

    NEW DELHI, 27 OGOS – Sami India yang bertukar menjadi penggubal undang-undang mengatakan yang pihak pembangkang politik menggunakan ‘ilmu hitam’ untuk mencederakan parti nasionalis Hindu Perdana Menteri Narendra Modi, selepas tiga anggota tertinggi-nya meninggal dunia bulan ini.

    “Saya bertemu ketua sami semasa pilihan raya yang memberi amaran mengenai pihak pembangkang mungkin menggunakan ilmu hitam dan membunuh kuasa-kuasa yang menentang BJP,” kata Pragya Thakur dari Parti Bharatiya Janata (BJP) Modi yang baru dilantik.

    “Dia memberi amaran kerana kuasa jahat akan menimpa kami dan ia akan memusnahkan parti dan para pemimpin yang efisien, bekerja keras dan mengurus hal ehwal parti,” katanya di Bhopal, menambah bahawa sami memberinya amaran untuk mengambil ‘langkah berjaga-jaga’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda