Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SEL anjur aktiviti menarik sempena cuti sekolah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Sempena cuti persekolahan ini, Makmal Tenaga Seria (SEL) akan mengadakan program Full STEAM Ahead di Makmal Inovasi Brunei, Tingkat 1, Bangunan Hab Pengetahuan bermula 16 hingga 18 Ogos ini.

    Sehubungan dengan itu, SEL memberi peluang kepada ahli keluarga untuk menyertai pelbagai aktiviti pendidikan meliputi literasi sains, kimia asas dan praktikal fizik yang mengujakan pada harga berpatutan dengan kadar promosi bermula kelmarin sehingga 14 Ogos ini.

    Antara pengisian aktiviti yang bakal diketengahkan ialah SEL Studio: Science Magika, Makerspace: Tinkercraft, dan Hab Inovasi: Zap ‘n’ Snap.

    Sebagai tambahan kepada aktiviti tersebut, akan ada pameran percuma Biotinkering dan Pameran Modular, menyediakan pengalaman pembelajaran yang komprehensif dan interaktif untuk peserta.

    Selain itu, untuk program Studio SEL tahun ini, SEL akan bekerjasama dengan Profesor Stephen Ashworth dari University of East Anglia, United Kingdom, untuk mempamerkan demonstrasi sains beliau yang terkenal, Kitchen Chemistry, di samping aktiviti-aktiviti lain.

    Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh layari laman web rasmi SEL dan media sosial Instagram dan Tiktok SEL.

    Antara aktiviti yang dianjurkan oleh SEL semasa program FSA pada tahun lepas. – Gambar serahan SEL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda