Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SEL ditutup sementara bagi kerja pengubahsuaian

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Makmal Tenaga Seria (SEL) memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara pusat sains tersebut berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 sehingga diumumkan nanti.

    Penutupan sementara itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian besar-besaran dan penambahbaikan yang diperlukan bagi kemudahan mereka dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk mencipta pengalaman yang lebih baik bagi semua pengunjung.

    SEL dalam kenyataan akhbarnya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menghargai pemahaman dan kerjasama orang ramai.

    Gambar fail menunjukkan pelajar Sekolah Rendah Pulaie bergambar semasa melawat SEL pada 23 September lalu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda