Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    SEL sertai Minggu Tindakan Iklim, Brunei MYCE

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan SEL

    BELAIT, 22 JUN – Makmal Tenaga Seria (SEL) kembali bagi Minggu Tindakan Iklim di Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) tahun ini yang diadakan bermula hari ini hingga 25 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Pusat berkenaan menyatakan bahawa mereka menyertai Minggu Tindakan Iklim berkenaan dengan pelbagai program menarik di petak mereka di mana pengunjung boleh membeli tiket-tiket masuk Sel pada harga diskaun dan pelbagai barangan eksklusifnya.

    Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan bagi setiap perbelanjaan dan memenangi barangan SEL.

    Di samping itu, SEL juga mempamerkan program-program popularnya serta aktiviti-aktiviti yang membawa tema-tema daripada pendidikan STEM hingga tenaga dan perubahan iklim.

    Program berkenaan disampaikan menerusi pameran-pameran interaktif SEL, aktiviti-aktiviti dan sains pendidikan serta pertunjukan oleh petugas-petugas perhubungan sains SEL.

    Petak SEL semasa Minggu Tindakan Iklim yang berlangsung di ICC, Berakas.
    Pertunjukan sains turut dikendalikan oleh kakitangan SEL.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -