Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Makmal Tenaga Seria (SEL) dan Shell LiveWIRE Brunei tidak ketinggalan dalam meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di London Hall, Airport Mall, Berakas, hari ini.
Majlis tersebut telah menghimpunkan para pegawai dan kakitangan SEL dan Shell LiveWIRE Brunei sambil menikmati pelbagai juadah bufet.
Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan sesi soal jawab kuiz seperti teka lagu dan kuih-muih tradisional.
Dengan adanya majlis sedemikian, ia turut diharap dapat meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dalam sama-sama meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing pada masa akan datang dengan adanya jalinan persahabatan yang lebih erat meskipun berbeza bidang mahu pun jawatan.