Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selamat datang ke dunia saya – Postecoglou beritahu United

    LONDON, 17 FEB – Bos Tottenham, Ange Postecoglou berkata dia boleh bersimpati dengan masalah kecederaan skuad Manchester United selepas menewaskan Red Devils 1-0 kelmarin.

    Dalam pertembungan antara dua pasukan yang merosot secara drastik musim ini, jaringan James Maddison sudah cukup untuk membawa Spurs mengatasi United naik ke tangga ke-12 dalam Liga Perdana.

    Anak buah Amorim jatuh ke tangga ke-15 dan tiada harapan untuknya selepas Amad Diallo dan Lisandro Martinez direhatkan akibat kecederaan sehingga akhir musim.

    United juga kehilangan Manuel Ugarte, Christian Eriksen, Kobbie Mainoo dan Luke Shaw, menyebabkan Amorim terpaksa menggunakan lapan pemain remaja.

    Sementara ,usim kedua Postecoglou di Tottenham juga telah dilanda kecederaan.

    Micky van de Ven, Cristian Romero dan Dominic Solanke sekali lagi sertai, tetapi kepulangan Maddison dan penjaga gol Guglielmo Vicario membantu memastikan kemenangan pertama liga di tempat sendiri sejak November.

    “Saya dapat lihat hari ini Ruben terpaksa menyatukan satu pasukan dengan pemain yang tidak mengikut kedudukan, pemain remaja di bangku simpanan,” kata Postecoglou.

    “Selamat datang ke dunia saya dan itu hanyalah untuk satu perlawanan. Sekarang, hadapinya lagi selama dua bulan, untuk mana-mana kelab.”

    Kecederaan besar telah menjadi tema musim Liga Perdana kali ini apabila juara bertahan Manchester City juga merosot tanpa Rodri, manakala Arsenal mesti terus bersaing tanpa penyerang yang diiktiraf.

    Postecoglou kerap dikritik dengan kaedah latihan dan gaya permainan yang sengit sebabkan krisis kecederaan teruk dalam skuad namun dia percaya lebih banyak pasukan akan mengalami nasib yang sama apabila jadual perlawanan yang ketat jadi tambahan kepada pemain yang keletihan.

    “Kami bukanlah satu-satunya. Saya telah menjangkakan perkara ini,” tambah Postecoglou.

    Amorim pula hanya memenangi empat daripada 14 perlawanan Liga Perdana sejak mengambil alih tugas pada November.

    “Akhirnya, mereka menjaringkan gol, kami tidak. Itulah perbezaan besar dalam permainan,” kata Amorim. – AFP

    Reaksi Harry Maguire selepas perlawanan menentang Tottenham Hotspur di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda