Dia baharu sahaja berumur dua tahun dan ayahnya sudah memberikan cara-cara bagaimana memikat wanita.
“Selamat hari jadi kepada anak saya, Jaylen Romeo,” kata Raja pop Mandarin yang dikongsinya di dalam instagram pada Selasa lalu, mendedahkan nama penuh anaknya buat kali pertama.
“Saya harap anda akan membesar dan menguasai ba-gaimana untuk bermain piano dengan baik. Dengan cara ini, seperti bapa anda, anda akan dapat mengahwini seorang isteri yang cantik, haha,” kata Jay Chou. Keluarganya telah meraikan hari jadi anaknya yang kedua tahun, sekali gus mendedahkan kepada peminatnya untuk melihat wajah anaknya sekali imbas di gambar tersebut.
Anak-anaknya yang lain memakai kaca mata hitam, menarik perhatian seperti bapanya. Pada hari yang sama, isteri Jay, Hannah berkongsi satu video yang menunjukkan suaminya ketika bermain bersama anaknya.
Ibu yang berumur 25 tahun itu juga menulis surat kepada Romeo yang menyatakan kasih sayangnya terhadap Romea dan berharap dia akan gembira selamanya dan menjadi seorang yang baik serta berani setelah dewasa nanti.
‘Saya dengar anak-anak lelaki akan menjauhkan diri daripada ibu mereka setelah dia membesar nanti dan mereka akan berubah menjadi seorang yang pemalu dan akan jatuh cinta dengan orang lain,’ tulisnya lagi. – Agensi