KUCHING, 21 JULAI – Tugasnya ha-nyalah sebagai penghantar makanan, namun tiba-tiba menjadi seperti adiwira, watak penyelamat yang sanggup terjun ke dalam longkang bagi menyelamatkan empat sekeluarga yang terperangkap di dalam kenderaan akibat kemalangan pada Sabtu lepas. Lebih membanggakan apabila Mohamad Khairul Gani, 32, pada ketika itu dalam perjalanan menghantar pesanannya, sanggup menggadai nyawa dalam usaha