Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Selamat lepas terperangkap lebih 100 jam

    BERLIN, 10 FEB – Seorang wanita Turkiye diselamatkan hari ini selepas menghabiskan lebih 100 jam terperangkap dalam runtuhan rumahnya dan bertiarap di atas mayat suaminya, kata pertubuhan bukan keuntungan Jerman.

    Pekerja menyelamat mengambil masa lebih 50 jam untuk sampai kepada wanita berusia 40 tahun itu di bandar Kirikhan di selatan wilayah Turkiye, Hatay.

    “Ia adalah misi menyelamat yang amat rumit,” kata Stefan Heine, jurucakap pertubuhan mencari dan menyelamat ISAR Jerman, menggambarkan bagaimana pekerja menyelamat terpaksa membuka laluan ‘sentimeter demi sentimerer menerusi konkrit dan puing.’

    Lebih daripada 21,000 orang telah terbunuh dalam gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin. Harapan untuk menemui lebih ramai mangsa semakin tipis, apabila pakar berkata peluang untuk menyelamatkan nyawa menurun mendadak selepas 72 jam.

    Wanita itu, bernama Zeynep, berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan perubatan, kata Heine, selepas dia dibawa keluar dengan pengusung.

    Semasa operasi menyelamat yang sukar, pekerja kecemasan berjaya berkomunikasi dengan Zeynep menerusi lubang kecil, yang juga membenarkan mereka memberikannya air. – AFP

    Pekerja menyelamat membawa Eyup Ak, 60, ke ambulans selepas mengeluarkannya daripada runtuhan bangunan, 104 jam selepas gempa di Adiyaman kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...