BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, isteri kepada Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi, dengan izin Allah SWT telah selamat meluaran seorang puteri pada 28 Rabiulawal 1446 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2024 di Hospital Portland, London, United Kingdom pada jam 9:55 pagi waktu tempatan.
Berikutan dengan meluaran tersebut sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman.