BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dengan izin Allah SWT telah selamat meluaran seorang puteri pada hari Rabu, 9 April jam 6:54 pagi.
Sempena dengan meluaran itu, sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman.
