Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selamat pulang wira, wirawati negara!

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) selamat kembali ke tanah air selepas menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN ke-13 (ASG ke-13), 2024 yang telah berlangsung di Da Nang, Vietnam.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi menyambut ketibaan para kontinjen kelmarin ialah Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan ahli keluarga atlet pelajar.

    Semasa ketibaan, bacaan Doa Kesyukuran telah diketuai oleh Awang Muhammad Zainuddin Shah bin Talip.

    Pada kejohanan tahun ini, MS SSBD telah mengutip dua pingat iaitu satu pingat perak melalui Awang Mohd Azinuddin bin Mohd Azree dalam sukan Pencak Silat Tanding Kelas C Putera dan satu pingat gangsa melalui Dayang Nursyakirah Mawaddah binti Mohd Fauzi dalam sukan Pencak Silat Seni Tunggal Puteri.

    Selain itu, beberapa orang atlet pelajar juga berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara masing-masing, antaranya Awang Abdullah Abbas bin Abdullah yang telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara Olahraga 3,000m dengan catatan masa 9:41.92s di mana rekod sebelum ini adalah 9:48.21s.

    Manakala dalam sukan renang pula, Dayang Hayley Wong Ann Yue berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara Renang Gaya Bebas (50m) dengan catatan masa 27.94s, di mana rekod masa sebelum ini adalah 28.07s dan pemegang bersama rekod kebangsaan dalam acara Kuak Dada 100m dengan catatan masa 1:19.74s.

    Pada ASG ke-13 tahun ini, MS SSBD berjaya mengutip satu pingat perak melalui Awang Mohd Azinuddin dan satu pingat gangsa melalui Dayang Nursyakirah Mawaddah. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Dayang Nursyakirah Mawaddah bergambar bersama pingat yang dimenanginya. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Gambar ramai wira dan wirawati negara ketika tiba di LTAB baru-baru ini. dimenanginya. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda