Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selamat tiba di Pangkalan Udara Subang

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Penerbangan ketiga bagi kepulangan Kontinjen Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 216 anggota MALBATT 850-11 termasuk sembilan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah pun selamat sampai di Pangkalan Udara Subang, Malaysia, kelmarin.

    Dalam kenyataan Kementerian Pertahanan, hadir bagi mengalu-alukan kepulangan mereka ialah Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (AKS J3 MAB ATM), Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong TUDM.

    Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, pegawai-pegawai kanan ATM serta ahli-ahli keluarga Kontinjen MALBATT 850-11.

    Seperti penerbangan kepulangan sebelumnya, upacara perbarisan berlangsung sejurus anggota-anggota keluar dari pesawat yang dimulai dengan tabik hormat daripada kontinjen dan diikuti dengan lagu ATM serta ucapan daripada AKS J3 MAB ATM. Laungan ‘Gempur Wira’ mengakhiri perbarisan dan disusuli dengan bacaan doa.

    Penerbangan terakhir MALBATT 850-11 dijadualkan berlepas dari Lubnan ke Malaysia pada 19 November.

    Anggota ABDB daripada MALBATT 850-11 semasa dalam perbarisan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Salah seorang anggota wanita ABDB dalam MALBATT 850-11. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda