LONDON, 18 OGOS – Bekas penyerang Arsenal, Theo Walcott hari ini mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 34 tahun selepas karier selama 18 tahun.
Walcott menjaringkan 129 gol dalam 560 perlawanan untuk Southampton, Arsenal dan Everton. Dia juga membuat 47 penampilan untuk pasukan kebangsaan England.
Pada usia 17 tahun, Walcott secara mengejut telah dipilih dalam skuad kendalian Sven-Goran Eriksson untuk Piala Dunia 2006 dan memegang rekod sebagai pemain termuda untuk pasukan kebangsaan. Dia juga berjaya meledak lapan gol untuk England.
“Saya sangat bertuah ditawarkan untuk terus bermain, tetapi ia terasa inilah masa yang sesuai untuk berhenti dan menggantungkan but bola sepak saya,” tulisnya melalui Instagram.
Walcott menjaringkan 108 gol dalam 397 penampilan sepanjang 12 musim bermain untuk Arsenal sebelum berpindah menyertai Everton pada Januari 2018.- AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/AP23230317511905-1024x576.jpg)