Pelakon Hollywood, Lance Reddick dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.
TMZ melaporkan, mayat Reddick ditemukan pihak polis di kediamannya di Studio City, Los Angeles pada Jumaat.
Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengumumkan punca kematian bintang terkenal itu namun ada yang mengatakan Reddick meninggal dunia disebabkan sakit tua.
Dua minggu sebelum kematiannya, Reddick sempat menghadiri sidang media bagi mempromosikan filem John Wick Chapter 4 di Los Angeles.
Reddick turut membintangi keempat-empat filem John Wick bermula dengan siri pertama pada 2014 memegang watak sebagai Charon.
Mendiang yang dilahirkan di Baltimore turut dikenali menerusi watak Cedric Daniels iaitu seorang anggota polis dalam drama bersiri HBO, The Wire pada tahun 2002 hingga 2008.
Reddick meninggalkan seorang isteri iaitu Stephanie Day dan dua orang cahaya mata iaitu Yvonne Nicole Reddick dan Christopher Reddick. – Agensi