VIENNA – Beribu-ribu penyokong sedih, termasuk juara perlumbaan motor dunia, Lewis Hamilton dan mengucapkan selamat tinggal kepada legenda formula satu dan wira negara Austria, Niki Lauda pada upacara pengebumian tokoh itu baru-baru ini di Vienna.
“Kami semua mengasihi dan sentiasa kagum dengan Niki, kami bangga dengan keberaniannya, keinginannya, kekuatannya dan cintanya,” kata pelakon kelahiran Austria dan bekas gabenor California, Arnold Schwarzenegger semasa acara pengebumian itu.
Lauda, meninggal dunia pada 20 Mei ketika berusia 70 tahun merupakan juara motor dunia sebanyak tiga kali dan kembali beraksi selepas dari kemalangan yang banyak mengejutkan peminat perlumbaan itu di seluruh dunia.
Lauda mengalami kecederaan yang mengerikan pada 1 Ogos 1976 apabila dia telah memenangi lima perlumbaan pada musim itu, di mana kenderaannya terbakar di Nuerburgring, Jerman.
Lauda mengalami pembakaran yang teruk di wajah dan tangannya serta asap beracun telah merosakkan paru-parunya. Terima kasih atas segala-galanya, kata Presiden Austria, Alexander Van Der Bellen kepada penyokong tokoh itu, di mana upacara pengebumian itu turut dihadiri oleh keluarga Lauda dan beratus-ratus tetamu VIP, termasuk penduduk dari seluruh Austria.



Selain itu, turut hadir termasuk pelumba Formula Satu, seperti Ketua Mercedes, Toto Wolff dan Valtteri Bottas serta bekas pelumba Formula Satu dari Perancis, Alain Prost, pelumba Formula Satu dari Jerman, Gerhard Berger dan bekas Canselor Sebastian Kurz.
Terkenal dengan cap merah
Antara lagu yang digemari oleh Lauda, ‘Amazing Grace’, ‘Fast Car’ oleh Tracy Chapman dan ‘Imagine’, John Lennon turut dimainkan dalam upacara tersebut.
Ramai di kalangan yang hadir mengenakan topi cap berwarna merah bagi menghormati tokoh tersebut yang sentiasa memakai cap berwarna merah sekali gus untuk menutup bekas luka dari kemalangannya.
Bendera Ferrari turut dikibarkan. Lauda telah memenangi kejohanan perlumbaan memandu pada tahun 1975 dan 1977 dengan menggunakan jenama Ferrari serta pada tahun 1984 dengan menggunakan jenama McLaren.
Walaupun telah bersara, Lauda tetap kekal dikenali sebagai seorang pelumba yang mantap khususnya di litar perlumbaan di mana Lauda juga berkesempatan menjadi pengerusi bukan eksekutif Mercedes F1 pada tahun 2012. Lauda juga berjaya memperkenalkan Hamilton dalam arena tersebut.
Selepas sahaja upcara itu, keranda Lauda di bawa oleh pengiring keluar dari gereja disertai oleh keluarga Lauda, Hamilton dan bekas pelumba seperti Prost dan pelumba kelahiran Jerman, Nico Rosberg.
Isteri Lauda, Birgit bersama dengan dua orang anaknya meletakkan topi keledar di atas keranda Lauda dan dikelilingi dengan bunga-bunga segar serta potret Lauda yang mempamerkan topi merahnya yang terkenal. Para penyokong kemudiannya secara perlahan-lahan memasuki dan memberikan penghormatan kepada tokoh yang dikagumi Austria itu.
Contoh terbaik buat Austria
Ia merupakan kali pertama seorang bintang sukan menerima penghormatan yang hebat itu, satu perbezaan yang hanya akan diberikan kepada para tokoh yang dikagumi seperti Uskup Vienna, Kardinal Franz Koenig dan bekas empayar Austria-Hungary, Otto Von Habsburg.
“Seluruh dunia berkata pada hari ini “Selamat Tinggal Niki,” kata Oesterreich di halaman depan tabloid miliknya.
Antara mereka yang turut bersedih dan beratur di luar gereja, Roland, seorang juruteknik berusia 41 tahun dari Vienna dan memuji Lauda sebagai contoh yang terbaik untuk Austria.
“Walaupun dia sering berdepan dengan keadaan dan waktu yang sukar namun dia tidak pernah mengeluh,” katanya kepada media AFP.
Imre Varga, dari Hungary berkata bahawa dia sering menonton Lauda di televisyen Austria, di mana kebanyakan penduduk di bahagian barat negaranya itu telah dapat menerima masa Komunis. “Semasa era ‘Iron Curtain’, dia sering menjadi contoh buat kami, dia sangat dikagumi, seperti dewa, kepada kami,” tambahnya.
Lauda meninggal dunia di University Hospital Zurich di Switzerland, sembilan bulan selepas dia menjalani pemindahan paru-paru.
Keluarganya belum lagi menyatakan di mana Lauda akan dikebumikan, tetapi keluarga itu melaporkan bahawa mereka menolak tawaran dari pihak berkuasa bandar untuk plot penghormatan di kawasan perkuburan Central yang luas di Vienna.
Selain itu, Lauda juga turut menjalani pemindahan buah pinggang, di mana salah satu daripada buah pinggang tersebut didermakan oleh isteri terakhirnya, bekas atendan dan mempunyai anak kembar, lelaki dan perempuan pada tahun 2009.
Lauda juga mempunyai tiga orang anak lelaki bersama dengan isteri yang sebelumnya. Selain perlumbaan, minat Lauda ialah penerbangan.
Dia turut menjalankan operasi penerbangan Laudamotion di mana operasi itu kemudian dijual kepada Ryanair pada tahun 2018. – AFP