NEW YORK, 30 DIS – Pele telah diingati sebagai satu kehidupan melebihi dalam padang, sebagai insan yang mengangkat sukan bola sepak dan barangkali sebagai manusia yang paling dikenali di muka bumi ini.
“Sebelum Pele, 10 hanyalah satu nombor,” kata penyerang Brazil terkini, Neymar, susulan kematian pemain bola sepak terhebat pada usia 82 tahun, kelmarin.
“Kata-kata itu, cantik, namun tidak lengkap. Saya harus mengakui, sebelum Pele, bola sepak hanyalah sejenis sukan. Pele mengubah segala-galanya. Beliau menjadikan bola sepak sebagai satu bentuk seni, hiburan. Beliau memberikan suara kepada orang miskin, kepada orang kulit hitam, dan paling penting, beliau memperkenalkan Brazil kepada Dunia.
Bola sepak dan Brazil semakin dikenali atas jasa The King! Sekarang beliau sudah tiada, namun magisnya akan berkekalan.”
Pele menjaringkan 12 gol dalam 14 perlawanan Piala Dunia dan merupakan satu-satunya juara dunia tiga kali, memenangi gelaran tersebut pada 1958, 1962 dan 1970.
Kematiannya memberikan impak khususnya kepada generasi pemain bola sepak Brazil yang menjadikannya sebagai idola.
“Hari ini Brazil melambaikan tangan kepada salah seorang kanak-kanak yang terkemuka,” tulis Romario, juara Piala Dunia 1994 yang menggunakan nama penuh Pele dalam hantarannya. “Edson Arantes do Nascimento membuatkan dunia tunduk kepada bakatnya dan membawa bola sepak Brazil ke tahap baharu.
Sepanjang hidupnya, Pele menyuntik inspirasi kepada generasi atlet-atlet dan layak diberikan setiap penghormatan.”
Ronaldo, yang membawa Brazil merangkul gelaran juara Piala Dunia pada tahun 2002, menyifatkan Pele sebagai “Unik. Genius. Berkemahiran tinggi. Kreatif. Sempurna. Tiada bandingan.
“Satu keistimewaan untuk datang selepas awda, kawanku,” tulis Ronaldo. “Bakat awda merupakan sekolah yang patut dihadiri oleh setiap pemain. Legasi awda melangkaui semua generasi. Dan itulah caranya awda akan terus hidup.”
Pele merupakan tokoh sukan yang sangat dihormati hingga ke tahap yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana atlet selain Muhammad Ali. Dilihat selesa bergaul dengan ketua-ketua negara dan selebriti seperti mana beliau selesa mengelak barisan pertahanan, Pele memberikan impak di seluruh benua.
“Sebagai salah seorang atlet yang paling dikenali di dunia ini, beliau memahami kuasa sukan untuk menyatukan manusia,” tulis bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Ciap Presiden AS di Twitter, Joe Biden, “Untuk sukan yang membawa dunia bersatu padu tidak seperti yang lain, Pele yang bangkit daripada permulaan yang rendah diri kepada legenda bola sepak adalah satu cerita yang boleh terjadi.”
Impak terbesar Pele adalah di Brazil, tokoh yang diraikan semasa Piala Dunia 2014.
“Saya lihat Pele bermain, secara langsung, di (stadium) Pacaembu dan Morumbi,” tulis bekas Presiden Brazil dan presiden yang baru dilantik, Luiz Inacio Lula da Silva. “Bermain, bukan. Saya lihat Pele memberikan satu persembahan. Kerana apabila beliau mendapat bola, beliau pasti akan membuat sesuatu yang istimewa, yang biasanya akan berakhir dengan satu gol. Hanya segelintir warga Brazil yang membawa nama negara kita sejauh yang dilakukannya. Seperti mana berbezanya bahasa Portugis berbanding bahasa orang lain, ramai orang asing daripada empat penjuru planet ini akhirnya menemui cara untuk menuturkan bahasa magis: Pele.”
Dalam setengah abad, orang yang tahu nama seorang pemain bola sepak pasti mengenali Pele.
“Beliau membuat orang ramai memasang impian dan terus melakukannya dari generasi ke generasi pencinta sukan ini,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps dalam satu kenyataan. “Siapa, sebagai seorang kanak-kanak, tidak mengimpikan untuk menjadi seperti Pele? Pele merupakan lambang kecantikan dan kecekapan. Bakat beliau dan pencapaian beliau akan kekal terpahat dalam ingatan kita semua selama-lamanya.”
Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe setaraf dengan Pele dalam gol Piala Dunia dengan satu hatrik semasa kekalahan di tangan Argentina di peringkat akhir pada bulan ini. Empat tahun lalu, Mbappe menjadi satu-satunya remaja kedua, selepas Pele, yang menjaringkan gol dalam peringkat akhir Piala Dunia.
“Raja bola sepak telah meninggalkan kami tetapi legasi beliau tidak mungkin akan dilupakan,” tulis Mbappe.
“Pele bukan sahaja mengisi stadium bola sepak dengan kegembiraan, tetapi juga hati dan rumah-rumah dengan harapan dan pengetahuan bahawa kesukaran dapat diatasi,” Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata dalam satu kenyataan, kelmarin.
“Daya tahan dan impak beliau di atas padang memberikan inspirasi ke atas ketahanan yang mana Pele berusaha untuk membawa keamanan dan keadilan di peringkat global.”
Apabila keadaan Pele semakin teruk pada bulan lepas semasa Piala Dunia di Qatar, mesej ‘semoga cepat sembuh’ dapat dilihat di tepi bangunan-bangunan di sekitar Doha.
Persatuan Bola Sepak Inggeris menyalakan pintu gerbang Stadium Wembley dengan warna-warna Brazil pada malam Rabu.
FIFA, badan induk sukan bola sepak, meletakkan gambar Pele dengan latar belakang berwarna hitam di laman utama laman webnya.
“Pele melakukan perkara-perkara yang tidak ada pemain lain pernah impikan,” tulis Presiden FIFA, Gianni Infantino.
“Aksinya meraikan gol dengan menumbuk tangan ke udara merupakan salah satu aksi yang paling ikonik dalam sukan kita, yang telah diukir ke dalam sejarah kita.
“Tambah lagi, kerana siaran televisyen bola sepak masih lagi dalam fasa permulaan pada masa itu, kita hanya dapat melihat hanya sedikit aksi yang mampu beliau lakukan.”
Apabila Pele bermain untuk New York Cosmos dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara dari tahun 1975 hingga 1977, beliau telah membantu sukan bola sepak menjadi popular di AS, yang telah mendorong negara itu menganjurkan Piala Dunia pada 1994.
“Pele merupakan seorang tokoh yang luar biasa di dalam dan di luar padang,” kata Ahli Majlis FIFA, Sunil Gulati, bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak AS. “Dunia ini telah kehilangan sekali seumur hidup ahli sukan yang meninggalkan legasi yang luar biasa.” – AP