Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Selamat tinggal semua – Ashira

    Penyanyi Di Ombak Resah, Ashira Aziz nekad mengundurkan diri daripada dunia seni, malah memohon media agar tidak menyiarkan berita mengenainya selepas ini.

    Menerusi permintaan yang dibuat menerusi Instagram (IG) Story, pemilik nama lengkap Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, ini juga enggan ditemu bual wartawan lagi.

    “Ini adalah terakhir. Selepas ini, jangan tulis apa-apa mengenai diri saya. Terima kasih atas segala sokongan.

    “Minta maaf, saya tak mahu ditemu bual. Selamat tinggal,” tulisnya.

    Terdahulu menerusi hantaran di IG Story, bekas isteri kepada Bad Indigo itu mengumumkan perjalanan hidup sebagai anak seni akan ternoktah dan meminta agar semua peminat menghormati keputusannya.

    Ashira kini nekad memilih hidup tanpa perhatian umum, meminta orang ramai untuk menghormati keputusannya meninggalkan dunia seni. – Agensi

    Terdahulu menerusi hantaran di IG Story, bekas isteri kepada Bad Indigo itu mengumumkan perjalanan hidup sebagai anak seni akan ternoktah dan meminta agar semua peminat menghormati keputusannya.

    Penyanyi berstatus ibu tunggal itu berkata, kehadiran 2023 dianggap terbaik untuknya membuat keputusan itu.

    “Masanya sudah tiba. Tahun 1999 hingga 2022. Satu perjalanan yang memeritkan dan sarat dengan pengalaman hidup.

    “Semua kenangan manis akan saya simpan di lubuk hati yang paling dalam.

    “Masa untuk menutup buku dari sekarang buat selama-lamanya.

    “Tolong hormati keputusan ini. Biarkan saya teruskan kehidupan bersama anak dan keluarga tanpa sebarang perhatian.

    “Anda boleh ‘unfollow’ atau ‘unfriend‘ saya, Selamat tinggal semua,” tulisnya.

    Sebelum ini, Ashira pernah hilang dari radar seni hiburan kembali menjadi perhatian selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh pada 2020.

    Ashira juga kerap menjadi bahan perdebatan warganet termasuk kisah perceraiannya dengan anggota kumpulan Indigo, Bad dan kekerapannya berkongsi kehadiran seorang lelaki yang juga ‘crush’ lamanya dalam media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...