Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Selami keunikan Bahasa Turki

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Dengan hasrat memberi peluang kepada masyarakat di negara ini menyelami keunikan bahasa dan seni Turki, Kedutaan Republik Turki di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kursus Bahasa Turki bagi penggal pertama yang berlangsung di kediaman Duta Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy, di Kampung Madang, kelmarin.

    Mengalu-alukan kehadiran 17 orang peserta kursus yang diungkayahkan dengan kerjasama Yunus Emre Institute, Kuala Lumpur, Malaysia itu ialah TYT Profesor Dr Hamit Ersoy dan isteri, Lale Ersoy.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Republik Turki di Negara Brunei Darussalam, TYT Profesor Dr Hamit Ersoy mengongsikan perasaan teruja melihat permintaan yang menggalakkan untuk menyertai kursus bahasa berkenaan.

    “Kami mahu memenuhi permintaan ini dan kami akhirnya menemui sukarelawan yang bersedia untuk mengendalikan pengajaran kelas bahasa ini,” ujarnya.

    Tambahnya, mereka juga berazam untuk memenuhi semua jangkaan permintaan masyarakat setempat bagi mengadakan penggal baharu seterusnya serta kelas lanjutan bagi kursus berkenaan selagi beliau masih berada di tanah air ini.

    TYT Profesor Dr Hamit Ersoy dan Lale Ersoy bergambar ramai bersama peserta kursus. – Gambar serahan Kedutaan Republik Turki di Negara Brunei Darussalam
    TYT Profesor Dr Hamit Ersoy dan isteri, Lale Ersoy ketika melihat Kursus Bahasa Turki di kediaman mereka di Kampung Madang, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...