Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selangor belanja RM6j urus sampah pasca banjir

    SHAH ALAM, 31 DIS – Sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengurus sampah pasca banjir setakat ini, kata Menteri besar Datuk Seri Amirudin Shari.

    Beliau berkata Selangor memerlukan RM10 hingga RM20 juta untuk menyelesaikan proses pembersihan dan pungutan sampah berkenaan.

    Kerajaan negeri Selangor sebelum ini mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk Ikhtiar Selangor Bangkit meliputi RM20 juta bagi pembersihan dan pemulihan manakala RM80 juta untuk pembinaan semula infrastruktur.

    “Kita sedang giat dengan kerja pembersihan dan di Hulu Langat khususnya kawasan Taman Sri Nanding, proses kutipan dan pembersihan dijalankan dengan skala sangat besar, meliputi lebih 70 peratus.

    “Sekarang kita kena tumpu di kawasan Taman Sri Muda dan sekitar yang masih rendah (perkembangannya)… hari ini kita dah tambah 200 buah lori yang kita sudah aturkan untuk kawasan itu. Jadi saya harap kita boleh selesaikan dalam masa seminggu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit di sini hari ini.

    Sementara itu, kerja-kerja pembersihan di Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang di Banting serta Kampung Asahan, Kuala Selangor baru dimulakan susulan banjir yang baharu sahaja surut sejak semalam ke tiga hari lepas. – Bernama

    Seorang penduduk terpaksa membuang perabut, barangan eletrik serta peralatan rumah yang rosak akibat bencana banjir ketika tinjauan di Kampung Asahan, Kual Selangor, semalam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda