Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selangor layu dibelasah JDT

    KUALA LUMPUR, 20 SEPT – Pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menghampiri kejuaraan liga itu buat kali ketujuh berturut-turut, selepas membelasah Selangor 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, kelmarin.

    Berbaki tiga perlawanan sebelum saingan musim ini berakhir, skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan satu mata untuk dinobatkan juara, sekali gus mencipta satu lagi sejarah baharu, jika Kedah tewas kepada Sabah pada aksi tertangguh Isnin ini.

    Pesta gol JDT bermula pada separuh masa kedua perlawanan selepas 45 minit pertama menyaksikan Selangor berjaya mengimbangi perlawanan dengan baik, namun sepakan percuma yang diambil Muhammad Safawi Rasid pada penghujung babak pertama, meletakkan JDT 1-0 di hadapan.

    Empat minit berselang selepas rehat Muhammad Safawi meledak gol kedua JDT selepas bijak menyempurnakan sepakan penalti, sebelum skuad bimbingan Benjamin Mora itu selesa mendahului 4-0 hasil jaringan pemain import Diogo Luis Santo (minit ke-64) dan Gonzalo Cabrera (minit ke-67). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda