Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selatan Sudan nafi sokong penentang

    KHARTOUM, 3 Nov – Presiden Selatan Sudan Salva Kiir Mayardit menafikan tuduhan mengenai negaranya menyokong kumpulan bersenjata di Sudan.

    “Tuduhan itu tidak berasas,” menurut Kiir, tidak ada alasan yang kukuh untuk negaranya menyokong kumpulan penentang Sudan kerana selatan Sudan bukan sumber untuk mendapatkan senjata.

    “Jika terdapat tuduhan, saya juga akan menuduh Sudan menyokong penentang Selatan Sudan dan menyediakan bekalan senjata kepada mereka,” tambahnya lagi semasa berucap di sidang media gabungan bersama rakan sejawat Sudan Omar al-Bashir.

    Al-Bashir menetapkan pendiriannya untuk tidak menyokong kumpulan bersenjata selatan Sudan, berkata “menyokong penentang akan mengakibatkan ketidakstabilan dan kekacauan di sempadan”.

    “Kami sebulat suara tidak akan menyokong kumpulan bersenjata,” tambahnya lagi. Beliau dalam rangka untuk menguatkan lagi hubungan dengan Selatan Sudan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda