Selatan Sudan sengaja dibiar kebuluran

NAIROBI, 20 FEB – Tentera kerajaan Sudan Selatan dan kumpulan bersenjata lain sengaja membiarkan penduduk negara itu kebuluran dengan menyekat akses kepada bantuan.

Laporan oleh suruhanjaya membabitkan tiga anggota itu diumumkan ketika hanya tinggal dua hari lagi sebelum had masa bagi menubuhkan kerajaan campuran tamat pada September 2018 dan Disember 2019.

Panel terbabit mengeluarkan laporan mendedahkan tindakan kejam tidak berperikemanusiaan yang menyebabkan penduduk negara itu hidup dalam kesengsaraan dalam konflik selama enam tahun.

Laporan itu terdedah dua hari sebelum tarikh akhir untuk membentuk kerajaan perpaduan, proses yang dialami dengan kelewatan dan pertelagahan serta ‘kekurangan keinginan dalam politik’, menurut suruhanjaya itu.

“Para elit politik masih tidak sedar dengan penderitaan berjuta-juta orang awam yang kononnya mereka perjuangkan,” katanya. – AFP