Larangan merentas negeri bagi menyambut Aidilfitri bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, malah negara seberang turut menguatkuasakan perintah yang sama bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Rata-rata masyarakat menyokong penuh usaha kerajaan Indonesia dalam mengekang penyebaran virus tersebut di kampung halaman masing-masing.
Larangan itu berkuatkuasa seluruh negara bermula 6 hingga 17 Mei ini.
Antara selebriti Indonesia yang mengumumkan secara terbuka tidak akan pulang beraya bersama keluarga tercinta tahun ini adalah Arya Saloka yang memutuskan untuk tidak balik beraya kerana larangan dari kerajaan. Arya mengakui sudah dua tahun tidak pulang ke kampung halaman.
Sementara itu, penyanyi cantik Memes Prameswari awal-awal memaklumkan tidak pulang ke kampung untuk lebaran kali ini. Ini kerana dia akur dengan larangan pemerintah dan menghabiskan waktu bersama rakan-rakan. – Agensi
