Oleh Zanyra Dawoud
Gambar dari Harpaar’s Bazaar
KASUT telah dicipta dengan peranan untuk melindungi tapak kaki individu.
Namun seiring dengan arus perkembangan fesyen, gaya dan rekaan pada sesebuah kasut juga terus berevolusi.
Wanita yang cukup yakin ketika bergaya biasanya memilih kasut yang memiliki tumit tinggi sebagaimana yang ditampilkan pada rekaan Stuart Weitzman, Jimmy Choo, Louis Vuitton dan Botegga Venetta.
Manakala yang berhasrat untuk melindungi bahagian kaki secara keseluruhan pula boleh memilih pelbagai rekaan but seperti yang ditampilkan oleh jenama Chanel, Fendi dan Ganni.
Walaupun kasut sniker mungkin melambangkan keperibadian seseorang wanita yang agak lasak namun beberapa rekaan sniker yang dihasilkan oleh jenama Hermes dan Gucci tetap dapat menzahirkan ciri feminin pada wanita yang menggayakannya.
Sementara wanita yang cukup mementingkan unsur keselesaan pula boleh memilih kasut dari rekaan ‘flat’ atau rata sebagaimana yang dihasilkan oleh Dior dan Row Slide.
Walaupun kasut yang memiliki tumit yang rendah atau rata ini namun hakikatnya ia tetap dapat memperlihatkan gaya yang menarik ketika digayakan dengan pakaian yang bersesuaian.