Pasangan selebriti Selena Gomez dan Benny Blanco dilihat semakin serius dalam hubungan apabila mereka kini sudah membeli sebuah rumah agam mewah.
Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini membeli rumah tersebut dengan harga $AS35 juta di Beverly Hills, Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.
Kediaman mewah berkonsep gaya Sepanyol itu dibeli pada Disember tahun lalu iaitu bulan yang sama pertunangan mereka diumumkan.
Rumah ini memiliki tujuh bilik tidur dan dua belas bilik mandi yang menyediakan ruang yang luas untuk pasangan selebriti ini.
Selain itu, hartanah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah seperti perpustakaan, rumah hijau kaca, gim dan kolam renang
Sebelum ini, Selena memiliki beberapa hartanah lain termasuk sebuah rumah di Encino, Los Angeles yang dibeli pada tahun 2020 dengan harga $AS5 juta.
Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2023.
Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada 11 Disember tahun lalu. – Agensi
