Hubungan cinta penyanyi Selena Gomez dan penerbit Benny Blanco kerap mengundang rasa benci dalam kalangan peminat.
Mana tidaknya ramai merasakan Selena berhak mendapat lelaki lebih baik dan kacak daripada Benny yang disifatkan sebagai hodoh dan pengotor.
Peminat bertambah geram apabila Benny didakwa menyebarkan kutu kepada Selena kerana sikapnya yang tidak menjaga kebersihan, lapor mStar.
Bagaimanapun, Selena menganggap dijangkiti kutu daripada teman lelakinya sesuatu yang romantik.
“Selena dan Benny dijangkiti kutu pada waktu yang sama.
“Jika orang lain anggap ia sebagai jijik tetapi Selena merasakan ia sesuatu yang romantik,” beritahu sumber terdekat pasangan tersebut.
Susulan itu, peminat berharap Selena berfikir kembali tentang hubungannya dengan Benny kerana merasakan lelaki itu memberikan kesan buruk kepadanya.
“Itu namanya pengotor bukan romantik! Dia bercinta dengan pengemis, tak terkejut kalau memang ada kutu,” komen warganet.
Bagaimanapun, ada peminat memberitahu khabar angin itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan imej pasangan tersebut. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/03/D-paper-web-mStar.jpg)