Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selena Gomez dikecam kedekut

    Tindakan penyanyi Selena Gomez memberi sumbangan wang tunai bernilai AS$20 kepada seorang gelandangan menerima kecaman warganet.

    Mana tidaknya, jumlah yang diberikan Selena dikatakan terlampau sedikit dan tidak bertepatan dengan reputasinya sebagai seorang jutawan seni.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Selena dilihat berjalan keluar daripada sebuah restoran mewah sambil berinteraksi dengan beberapa orang peminat.

    Selena kemudiannya menyerahkan wang tersebut ke tangan lelaki itu dan sempat menyuruhnya membeli makanan.

    “Belilah makanan yang sedap-sedap dengan duit ini,” katanya.

    Sementara itu, rata-rata wargnet di media sosial mengkritik niat baik Selena dan menyifatkan penyanyi itu sebagai kedekut.

    “Patut bagi AS$50, apalah salah nilai itu di New York. Nak beli sekotak rokok pun tak lepas; Padahal jutawan tapi kedekut, AS$100 itu macam celah gigi je kalau dia bagi,” antara komen.

    Sebelum ini, Selena menerima jolokan jutawan selepas kejayaan jenama kosmetiknya iaitu Rare Beauty berjaya memperoleh keuntungan sebanyak AS$1.3 bilion pada tahun ini. – Agensi

    Video Selena memberi sumbangan tular.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda