Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Selena Gomez dikecam sindir isteri Justin Bieber

    Gara-gara didakwa memerli isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu model Hailey Baldwin di TikTok, penyanyi Selena Gomez tampil memohon maaf secara terbuka.

    Memetik laporan Popbuzz, biarpun tidak mengetahui apa kesilapannya namun Selena tetap membuat permohonan maaf di laman Twitter.

    Menurut penyanyi lagu Love You Like A Love Song itu turut menegaskan dia tidak pernah berniat jahat dan mengambil keputusan untuk memadam video tersebut.

    “Ini sebab saya percaya menjaga kesihatan mental awda adalah penting. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan tapi saya mohon maaf.

    “Tiada niat jahat. Akan padam (video) tidak lama lagi,” kata Selena menerusi laman Twitter miliknya.

    Sebelum ini, video Selena sedang bersolek mengundang kecaman warganet yang menganggap penyanyi itu seakan-akan meniru gaya Hailey memakai produk kulit.

    Biarpun Selena tidak menyebut nama isteri bekas kekasihnya itu namun warganet mendakwa video itu seperti memerli Hailey. – Agensi

    Selena didakwa memerli Hailey dalam sebuah video di TikTok. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...