Penyanyi Selena Gomez akhirnya bersuara tentang perselisihan dengan Hailey Bieber dan mendedahkan model itu menghubunginya selepas mendapat ancaman bunuh.
Selena, 31, memohon kepada peminatnya untuk berhenti menyebarkan negativiti serta membuli isteri kepada penyanyi Justin Bieber itu.
“Hailey memberitahu saya dia menerima ugutan bunuh dan kata-kata negatif daripada orang ramai. Ini bukan apa yang saya mahu.
“Tiada siapa yang patut menerima kebencian dan dibuli. Saya selalu memperjuangkan kebaikan dan berharap agar budaya negatif ini dihentikan,” katanya.
Selena berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Susulan daripada kenyataan Selena, Hailey memberi maklum balas dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Love You Like a Love Song itu kerana telah bersuara.
Kata Hailey, mereka sudah berbincang untuk move on daripada perselisihan yang berlaku.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Selena kerana telah bersuara. Kami sudah berbincang beberapa minggu lalu untuk move on daripada segala naratif berterusan antara dia dan saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hailey turut memberitahu platform media sosial yang sepatutnya menjadi penghubung telah menjadi tempat perbalahan.
“Beberapa minggu kebelakangan ini adalah sangat sukar untuk semua orang yang terlibat.
Berjuta orang melihat banyak kebencian di sekeliling kita dan ini sangat bahaya.
“Walaupun media sosial adalah cara luar biasa untuk menghubungkan dan membina komuniti, saat ini seperti hanya mewujudkan perpecahan, bukannya menyatukan orang ramai,” katanya. – Agensi