Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selena Gomez tampil berambut pendek

    SELAIN kisah cintanya dengan penyanyi The Weeknd, kini bintang pop antarabangsa Selena Gomez tampil dengan perkembangan baru membabitkan penampilannya.

    Menerusi laman Instagram, Selena berkongsi gambar yang menunjukkan dia baru sahaja mengubah penampilan kepada gaya berambut pendek.

    Menurut laporan dipetik dari thesun.co.uk, sehingga kini masih belum dapat dipastikan mengapa penyanyi itu mengambil risiko untuk tampil dengan imej tersebut.

    Selena Gomez tampil dengan perkembangan baru membabitkan penampilannya.
    Selena Gomez tampil dengan perkembangan baru membabitkan penampilannya.

    Penyanyi itu juga tidak mengenakan sebarang solekan menerusi gambar berkenaan.

    Selena sebelum ini lebih dikenali dengan imej berambut panjang hingga melepasi paras dada.

    Berdasarkan komen, penyanyi itu dihujani dengan pelbagai pujian daripada peminatnya yang menyifatkan gaya berkenaan sebagai “cantik”.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda