Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selena sanggup tunggu lama

    Penyanyi Selena Gomez berkata sudah dua tahun dia tidak menjalinkan hubungan cinta sejak berpisah dengan penyanyi Justin Bieber.

    Menurut Selena, dia sentiasa menantikan cinta sejati dan sanggup menunggu biarpun mengambil masa yang lama. “Saya sudah hampir dua tahun tak ada kekasih dan saya ingin tahu macam mana apabila bercinta selepas ini. Saya tidak pernah mahu hilang rasa cinta yang saya selalu impikan.

    “Saya tidak mahu menjadi orang yang tiada perasaan mengenai apa saja. Saya percaya cinta itu wujud dan saya gembira menantikannya walaupun ambil masa yang lama. Sebab kita semua akan lakukan perkara ini selama-lamanya. Ia tetap akan berjalan selagi kita tak jumpa cinta sejati,” katanya kepada Hollywoolife. – Agensi

    Menurut Selena, dia sentiasa menantikan cinta sejati dan sanggup menunggu biarpun mengambil masa yang lama. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda