Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selenggarakan dan perbesarkan tulisan tanda di persimpangan

    Surat pembaca ini saya tujukan kepada pihak relevan mengenai penyelenggaraan dan tulisan tanda persimpangan di jalan-jalan di negara ini.

    Saya sebagai salah seorang pemandu dan mungkin beberapa orang merasakan perlunya penyelenggaraan tanda-tanda persimpangan sesetengah kawasan ada yang sudah mengalami kerosakan dan pudar.

    Dalam masa yang sama dicadangkan supaya ukuran huruf atau nombor persimpangan diperbesarkan kerana berlakunya kesukaran untuk dilihat dengan jelas ketika mencari persimpangan yang ingin dituju, yang mana sering terjadi pada waktu malam, begitu juga pada waktu siang, lebih-lebih lagi ketika waktu hujan.

    Diharap pihak berkenaan mempertimbangkan cadangan saya ini.

    Rakyat Brunei

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda