Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selenggarakan kemudahan awam

    Keselamatan dan kesejahteraan orang awam amat penting dititik beratkan. Apa tah lagi perkara ini berkaitan dengan beberapa tempat atau kemudahan untuk orang awam seperti tempat-tempat peranginan.

    Baru-baru ini, saya dan keluarga telah mengunjungi Taman Jubli Perak yang terletak di Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan untuk beriadah.

    Hajat hati untuk membawa anak-anak bermain di taman permainan awam yang disediakan, namun amat mengecewakan kerana berlakunya kerosakan dan seolah-olah tiada sebarang pembaikan dilakukan.

    Tujuan saya menghantar surat pendapat ini bukan semata-mata untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi sekadar memberi pandangan agar menyelenggarakan secepat mungkin kemudahan yang saya nyatakan demi keselamatan orang awam.

    Dikhuatiri, jika tanpa pengawasan orang dewasa, kanak-kanak boleh saja menggunakan tempat permainan tersebut tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

    Justeru, diharap pihak berkenaan agar memantau perkara ini secepat yang mungkin.

    INGAU

    Keadaan tempat permainan awam yang memerlukan pembaikan. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda