Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selepas 13 tahun kahwin, Gisele Bundchen dan Tom Brady umum cerai

    Supermodel Brazil, Gisele Bundchen mendedahkan bahawa dia dan suami, Tom Brady yang juga merupakan pemain besbol profesional sudah bercerai selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

    Pasangan ini memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram masing-masing dan memberitahu mereka telah mencapai kata sepakat.

    Malah, mereka akan tetap memberi keutamaan kepada anak-anak dan mahu menjadi ibu bapa terbaik.

    “Dengan penuh rasa terima kasih untuk sepanjang tempoh kami bersama, Tom dan saya telah bersepakat untuk mengakhiri perhubungan kami secara baik.

    “Keutamaan saya akan terus diberikan kepada anak-anak kami dan kami akan sentiasa bersama memberikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada mereka,” tulis Gisele.

    Dalam pada itu, Gisele berkongsi, keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini tidak mudah tetapi dia turut menitipkan doa buat bekas suaminya itu.

    “Sudah tentu perpisahan ini adalah sukar dan tidak mudah, namun saya bersyukur dengan sepanjang tempoh kami bersama.

    “Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tom,” tulisnya.

    Untuk info, Gisele dan Tom mendirikan rumah tangga pada awal tahun 2009 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Benjamin Rein, 13, dan Vivian Lake Brady, 10. – Agensi

    Gisele berkata keputusan untuk bercerai tidak mudah namun dia turut menitipkan doa buat Brady. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda