Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Selepas gandum, gula turut dihadkan

    NEW DELHI, 25 MEI – India mengatakan ia akan mengehadkan eksport gula untuk mengawal bekalannya dan mengatasi inflasi, beberapa hari selepas menyekat penghantaran gandum yang menyebabkan harga global meningkat di tengah-tengah perang Ukraine.

    Pengeluar gula terbesar dunia dan pengeksport kedua terbesar selepas Brazil itu, kelmarin mengatakan penghantaran akan dihadkan kepada 10 juta tan untuk tahun pemasaran semasa hingga September.

    Keputusan itu dibuat ‘bagi mengekalkan ketersediaan domestik dan kestabilan harga semasa musim gula,” menurut kenyataan kementerian makanan.

    Eksport gula diramal mencecah angka tertinggi bagi tahun pemasaran ini, dengan kontrak-kontrak ditandatangani untuk kira-kira sembilan juta tan dan 7.8 juta tan sudah pun dihantar, tambah kenyataan itu.

    Memetik inflasi dan keperluan sekuriti makanannya, pada pertengahan Mei, India telah menyekat pengeksportan gandum tanpa persetujuan kerajaan selepas musim panas melampau Mac lalu menjejaskan penuaian.

    Walaupun India penyumbang kurang penting dalam pasaran global, langkah itu seperti mencetuskan peningkatan selanjutnya dalam harga makanan global yang sudah pun melambung tinggi sejak serangan Rusia ke atas penjana pertanian, Ukraine, Februari lalu, yang sebelumnya berjumlah 12 peratus bagi eksport global.

    Keputusan itu juga mencetuskan kebimbangan mengenai dasar fahaman perlindungan yang memuncak ekoran konflik tersebut.

    Tegahan eksport itu juga mengakibatkan ratusan ribu tan gandum terkandas di pelabuhan utama di barat India, dengan barisan panjang ribuan trak menunggu untuk dipunggah.

    Sementara itu di Asia, Indonesia turut menangguhkan sementara eksport minyak sawit manakala Malaysia pula menyekat eksport ayam. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...