Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Selepas Pelabuhan Bintulu dan MASwings, S’wak ada satu lagi permintaan

    KUCHING, 2 OGOS – Kerajaan negeri Sarawak sedang berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan satu lagi permintaan dipenuhi selepas memperoleh reaksi positif berhubung pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dan syarikat penerbangan MASwings.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun enggan menyatakan permintaan terbaharu itu dan menyatakan perkara berkenaan akan diumum sebelum akhir tahun ini.

    “Tiga perkara sedang kita (kerajaan Sarawak) bincang dan mungkin (perkara ketiga) akan diserah balik kepada Sarawak. Anda tahu Bintulu Port (Pelabuhan Bintulu) dan MASwings sudah (mendapat reaksi positif) dan (perkara ketiga) tunggu dulu (pengumuman saya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Premier Sarawak di sini malam tadi.

    Kerajaan Sarawak telah menyuarakan hasrat untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Bintulu sejak Januari lepas, disusuli cadangannya untuk mengambil alih MASwings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Berhad pada Jun lepas dan kedua-dua permintaan berkenaan sudah dipersetuju kerajaan Persekutuan.

    Dalam pada itu, Abang Johari berkata satu pengumuman juga akan dibuat berhubung penubuhan Lembaga Penjaga bagi Dana Kekayaan Berdaulat yang ditubuhkan untuk negeri itu. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Penubuhan Ladang Buluh Secara Komersil di Kuching, kelmarin. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    Berita Berkaitan

    Rombongan pelajar sertai program STEM di Kuching

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Sibu Jaya Motocross Track Day 2025 meriah

    SIBU JAYA, 20 NOV – Pasukan dari Brunei Darussalam...

    Mahkamah kekalkan hukuman mati bapa hentak anak damit OKU

    KUCHING, 19 NOV - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan...

    Sarawak hargai persetujuan kerajaan Malaysia tambah kerusi parlimen

    KUCHING, 17 NOV - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari...

    Terkini

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...