PEMBA, Mozambique, 28 April – Banjir teruk berlaku hari ini di sebahagian daripada kawasan utara Mozambique yang dilanda Siklon Kenneth tiga hari lalu, dengan air mencecah paras pinggang di kawasan tersebut, selepas kerajaan menggesa ramai penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Beratus ribu orang berdepan risiko. Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas ribut melanda pada petang Khamis dengan kekuatan hurikan Kategori 4, mengejutkan penduduk sebuah rantau di mana siklon tidak pernah dicatat dalam era moden.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)