SERINGKALI menahan selera untuk menikmati hidangan Johor dan Singapura kerana perlu berbelanja besar untuk membiayai tiket penerbangan.
Ternyata beberapa menu hidangan tersebut jelas cukup mudah untuk disediakan malah bahan-bahannya juga mudah untuk diperolehi.
Maka, sekiranya anda terasa ingin menikmati hidangan Johor dan Singapura, berikut adalah beberapa resipi yang boleh dipraktikkan sendiri di dalam rumah. Selamat mencuba!
Mi Rebus
Bahan kuah:
1 bungkus mi kuning
½ kg daging yang dihiris
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 batang serai yang dititikkan
½ mangkuk udang kering
4 biji keledek yang direbus dan dikisar
3 sudu makan rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan hiasan:
2 ketul tauhu yang dipotong dadu dan digoreng
Sedikit daun sup yang dimayang
Sedikit bawang goreng
3 biji telur rebus yang dipotong dua atau empat.
Sedikit tauge yang dicelur.
3 biji limau kasturi yang dipotong dua.
Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan udang kering yang telah dikisar dan serai yang telah dititikkan. Masukkan rempah kari daging dan keledek yang dikisar. Kacau sebati. Selepas itu, masukkan daging, biarkan ia sebati dan masak sehingga pekat. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan bersama bahan hiasan lain dan ia sedia untuk dinikmati.
Som Som
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1 kg santan
½ sudu kecil garam.
Air
Cara membuat:
Bancuh tepung bersama air, santan dan sedikit garam. Masak sehingga pekat dan berminyak. Angkat dan sejukkan di dalam bekas atau loyang. Hidangkan bersama air gula merah atau gula putih.
Nasi Tomato bersama Ayam Merah
Bahan Nasi Tomato:
3 cawan beras yang bersih dan toskan.
½ cawan susu cair
2 biji tomato yang dicencang
½ cawan sos tomato
2 sudu besar mentega
3 sudu besar minyak
3 cawan air
Garam secukup rasa
Daun pandan
Bawang goreng sebagai hiasan
Bahan tumis:
3 ulas bawang putih yang dihiris.
5 biji bawang merah yang dihiris.
1 inci halia yang dihiris
2 biji buah pelaga.
2 biji bunga cengkih
½ inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Bahan ayam masak merah:
1 ekor ayam yang dipotong bersih dan digoreng.
½ kg cili giling
4 biji bawang merah yang dikisar
10 biji bawang putih yang dikisar
2 inci halia yang dikisar
5 sudu sos tomato
½ inci lengkuas
Rempah empat sekawan iaitu kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan cengkih.
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Bahan acar mentah:
½ biji nanas yang dipotong dadu
1 biji timun yang dihiris
2 tangkai cili merah yang dihiris
Garam dan gula secukup rasa.