THAILAND – Di Thailand, Thitid Tassana-kajohn, lebih dikenali sebagai cef Ton, diiktiraf secara meluas sebagai ikon masakan negara itu.
Ton telah memainkan peranan penting dalam memartabatkan masakan Thai dengan dua buah restorannya di Bangkok yang inovatif. Kedua-dua restoran itu berada pada kedudukan tinggi dalam senarai 50 Restoran Terbaik Asia 2025.
Ton juga telah dipaparkan dalam siri Chefs Uncut Netflix dan merupakan hakim di Top Chef Thailand.
Reputasinya sangat meluas namun secara peribadi, dia tetap merendah diri, manis dan lembut tutur kata.
Ton berada di Pulau Pinang baru-baru ini untuk melancarkan menu baharu di restoran Malaysia pertamanya, yang dibuka Januari tahun ini. Dalam banyak cara, restoran itu mewakili cinta Ton terhadap Pulau Pinang, hubungan yang telah dipupuk dan terjalin selama lebih 10 tahun.






“Saya telah pergi ke Pulau Pinang selama lebih daripada 10 tahun dan ia mengingatkan saya kepada Phuket, di mana saya mempunyai restoran lain.
“Jadi apabila peluang datang untuk membuka restoran di rumah agam ini, saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan unik. Saya mahu mempersembahkan perisa Thai sebenar tetapi dengan cara yang moden dan hebat,” kata Ton.
Restoran tersebut berletak di sebuah rumah agam warisan yang menawan bermula sejak akhir abad ke-19 dan telah dipelihara untuk mengekalkan daya tarikan estetik putih yang tenang.
Sementara itu, bahagian dalamannya lebih berani, dengan warna merah gelap dan bilik yang dihiasi menjadi ruang makan.
Ia adalah sangat jelas ini bukan ruang makan mewah. Sebaliknya, idea Ton adalah untuk mencipta ruang makan menyeronokkan yang boleh dihayati oleh penduduk Pulau Pinang dan para pengunjung.
“Saya fikir trend telah berubah dan saya melihat dalam tempoh lima tahun akan datang, ia adalah jenis konsep yang mana orang ramai akan berasa sangat selesa.
“Saya panggil ia santapan kasual dan saya fikir ia diterima dengan baik walaupun pada skala global.Dan untuk restoran Pulau Pinang kami, sasaran kami adalah untuk menarik orang ramai kembali.
“Kami mahu orang ramai datang setiap dua minggu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali, jadi ia perlu menjadi restoran yang sesuai dengan masyarakat,” kata Ton.
Tambahnya, di restoran itu, dia cuba menggabungkan seberapa banyak ramuan Malaysia yang boleh.
Walaupun ini pada mulanya terbukti menjadi cabaran kerana dia tidak biasa dengan pembekal dan pengeluar, dia mendapat sedikit bantuan daripada rakan cef berbintang Michelin, Su Kim Hock dari sebuah restoran Pulau Pinang.
“Masyarakat di sini sangat baik dan tukang masak tempatan kini menjadi kawan baik. Cef Kim Hock dan Johnson Wong (dari Jeneral Pulau Pinang) membantu saya mencari kenalan supaya saya boleh memasukkan bahan-bahan tempatan ke dalam menu juga,” katanya.
Walaupun Ton muncul secara berkala ke restorannya, jelas menunjukkan dia seorang yang sangat sibuk, jadi restoran itu diketuai dengan cekap oleh Natthasak Prangthong, yang sebelum ini bekerja dengan salah satu restoran milik Ton di Bangkok dan telah mengasah kemahirannya di restoran terkemuka di seluruh dunia.
Restoran milik Ton di Pulau Pinang baru-baru ini melancarkan menu baharunya dan terdapat banyak di antaranya yang membangkitkan selera.
Mulakan dengan roti bakar udang dengan tobiko. Hidangan itu menampilkan panggang segar dibuat daripada udang, yang kemudiannya dihiasi dengan udang panggang, timun dan bawang merah.
Roti bakar menyatukan semua rasa dan menambahkan lapisan bawah berair yang sangat menawan pada hidangan, yang kemudiannya diserikan oleh tobiko dan timun. Hidangan itu memancarkan suasana segar yang memberikan rasa sangat berperisa.
Seterusnya, daripada pinggan sederhana yang ditawarkan, cubalah pes udang relish dengan thai crispy roll.
Struktur asas hidangan itu ialah pes udang, yang diselang-seli dengan sos ikan, cili dan mangga muda. Kelazatannya ditaburkan di atas keropok nipis kertas yang disediakan di sisi dan di atasnya dengan pelbagai jenis sayur-sayuran segar seperti lobak merah, timun, terung Thai dan kacang panjang.
Hasilnya ialah gabungan perisa segar yang digandingkan dengan pes udang yang pedas.
Satu-satunya kelemahan adalah hidangan itu tidak begitu bergabung dengan baik.
Kemudian terdapat sotong kukus dengan sos makanan laut merah. Seperti mana namanya, ia diperbuat daripada sotong kukus yang disalut dengan sos merah pedas.
Sotong dikukus dengan sempurna dan mengekalkan kekenyalannya dan tekstur lembut yang mudah untuk dimakan.
Sementara itu, sos merah adalah pedas yang sesuai dengan namanya.
Daripada pilihan sup, cubalah sup ayam tapioca kelapa muda. Ini adalah resipi istana Thai kuno yang Ton katakan jarang dilihat walaupun di Thailand.
“Awda tidak akan melihat hidangan ini di restoran biasa kerana ia adalah resipi yang berusia ratusan tahun.
“Dan perkara yang menarik mengenainya ialah tiada gula tambahan, rasa manisnya datang dari air kelapa, jadi ia dianggap sangat asli,” katanya.
Supnya sangat ringkas – ketulan dada ayam yang lembut dan air kelapa disatukan dalam suasana gabungan yang harmoni dan menenangkan.
Daripada pinggan besar yang ditawarkan, terdapat juga Udang Harimau Kari Panang. Kari Panang dibakar untuk memekatkan kuahnya dan kemudian diselitkan dengan santan dan kacang tanah. Ia kemudiannya diletakkan di atas pinggan, di mana udang harimau panggang tempatan diletakkan.
Hasilnya ialah pelayaran yang indah melalui rasa manis segar dan gebu udang dan kari yang kaya, mantap, pedas dan berperisa.
Akhiri hidangan awda dengan ode kepada pisang iaitu banana banana banana.
Di restoran itu, kek, aiskrim, mousse dan crumble pisang bersaing untuk mendapatkan perhatian awda dalam masakan setara yang menyelerakan!
Setiap bahan memberikan perisa pisang terselindung yang bergabung untuk memberikan pengalaman rasa berasaskan pisang yang tidak dapat dilupakan.
Ton kini sedang gigih berusaha mengembangkan empayar restoran Malaysianya ke Kuala Lumpur di mana dia akan membuka sebuah lagi restoran tidak lama lagi. – ANN/The Star

