Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selesai perselisihan faham secara berhemah

    PETALING JAYA, 30 JUN – Umat Islam dalam kalangan Keluarga Malaysia diingatkan untuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan ketika berhadapan perselisihan faham, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika, dan bibit-bibit perpecahan boleh ditangani sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran paling asas dengan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

    “Mukjizat Al-Quran secara keseluruhan menyerlahkan semangat kesatuan dan antara falsafah kesatuan yang kerajaan pilih ialah Keluarga Malaysia yang bertepatan dengan ajaran dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Syeikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa.

    Persidangan julung kali itu disertai delegasi serta tokoh agama dari 17 negara. Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyentuh isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di India, yang disifatkannya sebagai tindakan provokasi sehingga menggugat keharmonian masyarakat  berlainan agama di negara berkenaan. – Bernama

    Para peserta semasa menghadiri Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di sini kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda