Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Selesaikan hutang, jangan bebankan waris

    Hidup di dunia hanya sementara. Akhirat jua kekal selamanya. Kita sering kali diingatkan tentang kematian. Namun sudah bersediakah kita untuk menghadapinya?

    Bagi orang yang beragama Islam, kita percaya bahawa adanya kehidupan selepas kematian. Sama ada masuk ke syurga atau neraka, itu soal lain.

    Hampir setiap hari kita mendengar mengenai berita kematian. Hakikatnya, ia satu kitaran hidup yang tidak dapat dielakkan. Semua manusia akhirnya pasti akan mati, meninggalkan keluarga tersayang. Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara pewaris terpaksa menanggung hutang peninggalan si mati. Maka, sebelum terlambat, marilah kita bersedia meninggalkan mereka dengan senyuman, bukannya keluhan.

    Pertama, hendaklah kita senaraikan hutang-hutang yang kita ada. Sama ada hutang dengan pihak bank, mahupun dengan orang-orang perseorangan. Ini sangat mustahak kerana jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagi hutangnya tidak dilunaskan.

    Pastikan juga senarai hutang tersebut dipegang oleh orang yang boleh dipercayai, yang boleh menyimpan rahsia peribadi kita.

    Seterusnya, langganlah produk kewangan yang berkaitan. Saya bukanlah arif dalam bidang ini. Tetapi saya selalu terlihat di media sosial mengenai produk yang bernama hibah. Kalau tidak silap, hibah bermaksud wang sumbangan. Ini sangat membantu meringankan beban orang yang kita tinggalkan. Hal ini kerana ia tidak tertakluk kepada hukum faraid (pembahagian harta pusaka). Sebaliknya, ia akan terus diberikan kepada penama selepas kita meninggal dunia.

    Dua perkara ini sangat penting untuk dilakukan tambah-tambah lagi kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba. Sekurang-kurangnya, selepas pemergian kita, keluarga kita dapat meneruskan kehidupan tanpa perlu menanggung beban yang kita tinggalkan.

    Bukan ejen kewangan

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...