Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selipar G-Dragon habis terjual

    Penangan populariti anggota kumpulan Bigbang iaitu G-Dragon sebagai tukang pelaris produk memang tidak boleh disangkal lagi.

    Koreaboo melaporkan selipar dipakai G-Dragon atau Kwon Jiyoung ketika pengambaran muzik video terbaharunya dilaporkan laku keras.

    Malah selipar refleksologi berharga KRW8,000 atau sekitar RM30 dikatakan licin menerusi laman web Coupang.

    Harga tersebut bagaimanapun dijangka bakal melonjak sehingga 10 kali ganda dek permintaannya yang tinggi.

    Sementara itu, rata-rata warganet tidak menolak kemungkinan selipar berkenaan tular kerana harganya yang murah dan berpatutan.

    Tak kurang juga ada kagum melihat impak G-Dragon mempromosikan barangan jenama mewah mahupun perniagaan kecil-kecilan.

    “Akhirnya ada juga barang murah yang saya boleh beli, selalunya jenama mewah saja GD pakai; Tiba-tiba harga selipar pun naik, seronok bila tengok selebriti ternama macam dia pun beli barang macam orang biasa,” komen warganet.

    Sebelum ini, G-dragon dikenali dengan jolokan ‘Sold Out King’ kerana mampu melariskan jenama lain dengan menggunakan sendiri barangan berkenaan tanpa mengharapkan bayaran.

    Antara jenama yang pernah tular disebabkan bintang Kpop itu termasuklah Nike, LH.A.S dan Casio G-Shock. – Agensi

    Harga selipar refleksologi berkenaan dilaporkan melonjak selepas tular. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda