Selongkar keajaiban halia

SELAIN dijadikan sebagai ramuan penyedap masakan, halia sering digunakan dalam perubatan moden mahupun tradisional bagi mendapatkan tahap kesihatan yang baik.

Di samping berbau harum, campuran halia di dalam masakan ternyata menjadi pembuka selera apabila ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah sup, kari dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kajian, kandungan aktif halia yang dikenali sebagai gingeroles akan mula bertindak balas apabila ia meresap ke dalam badan.

Ia dikenali sebagai Zingiber Officinale dari keluarga Zingiberaceae, tumbuhan ini kaya dengan kandungan kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, karbohidrat, gentian, Vitamin C dan naisin.

Halia dikatakan mula ditanam di China sejak berkurun lamanya malah dipercayai tumbuhan itu juga berasal dari negara tersebut.

Halia juga dikatakan mampu membuang kahak dan mencegah selesma.
Halia juga dikatakan mampu membuang kahak dan mencegah selesma.
Dengan berfungsi untuk melancarkan aliran darah, maka pemakanan halia boleh mengelakkan risiko strok.
Dengan berfungsi untuk melancarkan aliran darah, maka pemakanan halia boleh mengelakkan risiko strok.

Sejak 2,500 tahun lalu masyarakat Cina sudah mula menggunakan halia dalam amalan perubatan bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit seperti sejuk anggota badan yang berpunca dari pengaliran darah yang terganggu.

Perbaiki aliran darah

Kandungan kromium, magnesium dan zink di dalam halia membantu untuk memperbaiki aliran darah sekali gus mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

Kurangkan mabuk perjalanan

Ada segelintir individu yang mudah berasa pening ketika menuju ke sebuah destinasi yang jauh. Usah risau kerana halia mampu untuk mengurangkan rasa tersebut.

Bancuh serbuk halia dalam air panas dan minum ketika suam untuk mengatasi masalah ini.

Cencang halia ke dalam air dan minum sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk mengurangkan demam.
Cencang halia ke dalam air dan minum sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk mengurangkan demam.

Cegah demam

Halia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun yang lalu sebagai rawatan semula jadi untuk penyakit demam dan selesema. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Universiti of Maryland Medical Center, hanya dengan merendam dua sudu besar halia segar yang dicincang ke dalam air panas dan minum sekurang-kurangnya tiga kali sehari agar dapat mengurangkan demam dan selesma yang menyerang golongan dewasa.

Elak masalah pernafasan

Sekiranya anda pernah mengalami masalah pernafasan yang tidak serius seperti batuk, halia dipercayai boleh membantu untuk mengembangkan kembali paru-paru yang mulai longgar akibat kahak. Menurut kajian yang dijalankan, halia berfungsi sebagai expectorant semula jadi yang mampu mencair dan membuang kahak.

Kuatkan kekebalan tubuh

Halia mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Hanya dengan mengambil sedikit halia segar, anda sebenarnya sedang mengurangkan risiko dari terjadinya strok dengan cara menghalang lemak dari melekat di dinding arteri.

Halia turut bertindak untuk mengurangkan jangkitan bakteria di dalam perut sekali gus melegakan masalah batuk dan kegatalan tekak.