Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Seludup dadah, 9 PATI Thailand ditahan di Korea Selatan

    YESAN, KOREA SELATAN, 5 OKT – Polis Korea Selatan menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) Thailand kerana menyeludup 10 bilion won (AS$7.05 juta) nilai dadah haram ke Korea Selatan dan menjualnya kepada komuniti Thailand di sini, kata pegawai hari ini.

    Menurut Agensi Polis Wilayah Chungnam, polis menahan seorang warga Thailand berusia 33 tahun yang mengendalikan kumpulan dadah yang berpusat di Wilayah Chungcheong Selatan manakala lapan lagi didakwa di bawah akta pengurusan dadah, lapor agensi berita Yonhap.

    Kesemua PATI dari Thailand itu didakwa menyeludup pelbagai jenis dadah haram seperti methamphetamine ke Korea Selatan dari Laos antara Oktober 2021 dan September 2022 dan menjualnya kepada PATI Thailand lain di Korea Selatan atau menggunakannya sendiri.

    Polis berkata mereka membawa masuk dadah itu yang dibungkus sebagai suplemen kolagen melalui perkhidmatan pos antarabangsa.

    Daripada 3kg methamphetamine yang diseludup masuk ke negara itu, polis telah merampas baki 1.3kg yang tidak terjual, cukup untuk 43,000 dos, bernilai 5 bilion won, menurut polis.

    Sebanyak 192 pil yaba, gabungan methamphetamine dan kafein; 21 gram ganja; dan dua gram ekstasi turut dirampas.

    Anggota kumpulan itu memberitahu polis mereka mula menggunakan dadah untuk menghilangkan keletihan akibat kerja keras dan membelanjakan keuntungan jualan bagi menyara hidup selain untuk membeli lebih banyak dadah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...