Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup dadah, bekas diplomat AS dipenjara

    MOSCOW, 17 JUN – Mahkamah Moscow telah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kelmarin ke atas bekas diplomat Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan penyeludupan ganja berskala besar. Ia merupakan kes warga Amerika terbaharu yang terperangkap dalam sistem perundangan Rusia itu.

    Rusia dan Amerika Syarikat sering kali bertelagah mengenai penahanan warganegara masing-masing seperti dalam adegan yang mengingatkan Perang Dingin.

    Hukuman tersebut dibuat ketika hubungan antara Moscow dan Barat, khususnya Washington, tegang selepas Moscow memulakan operasi ketenteraannya di Ukraine yang pro-Barat.

    “Warganegara Amerika (Marc) Fogel telah didapati bersalah,” kata mahkamah Khimki dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Ia berkata bahawa Fogel melakukan “penyeludupan dadah berskala besar” dengan melintasi sempadan Rusia, serta “penyimpanan dadah haram berskala besar tanpa tujuan komersial.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda