Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup dadah ketamin dalam kotak bijirin

    SEPANG, 14 OKT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah jenis ketamin seberat 30.68 kilogram bernilai RM1.7 juta yang diseludup masuk ke negara ini selepas diikrarkan sebagai bahan makanan.

    Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata dadah dalam bentuk serbuk itu diseludup masuk dari sebuah negara di Asia Selatan melalui pesawat kargo menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dengan disembunyikan di dalam kotak bijirin bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

    Menurutnya, dadah-dadah itu dipek dengan berat kira-kira 700 gram dan dimasukkan di dalam kotak bijirin, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam dua kotak besar berisi kotak-kotak bijirin.

    Beliau berkata dua lelaki warga asing berumur 37 dan 45 tahun ditahan di kawasan komersial di Ampang bersama dua kotak besar dengan muatan dadah itu pada 8 Oktober.

    “Di dalam dua kotak besar itu, terdapat 35 kotak bijirin yang diisi dadah manakala 18 kotak bijirin asal,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda