Seludup: Dua lelaki ditahan

TAWAU, 14 FEB – Cubaan dua lelaki menyeludup keluar barang kawalan menggunakan bot kargo berdaftar Indonesia, gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin, di kawasan perairan Sungai Melayu, Pulau Sebatik di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata kedua-dua suspek warga Indonesia berumur lingkungan 30 dan 40-an itu ditahan menerusi Operasi Pluto Timur dan Ops Sejahtera oleh pihaknya pada 8.30 pagi. Katanya, sewaktu pemeriksaan suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri serta tidak memiliki surat kebenaran membawa barang kawalan berupa 80 tong gas memasak warna kuning dan hijau. – Bernama