Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup gula satu lori

    KUALA BELAIT, 2004 – Penguat kuasa kastam menahan seorang pemandu lelaki warga Malaysia dalam percubaan menyeludup hampir satu lori penuh gula ke negara ini.

    Pemandu berusia 48 tahun ditahan ketika memandu lorinya ekoran risikan bahagian Perisikan Pencegah Kastam Bandar Seri Begawan kerana disyaki membawa muatan barang terlarang untuk dibawa masuk ke Bandar Seri Begawan.

    Bahagian Pencegah Kastam Kuala Belait berkata lori terbabit yang dalam perjalanan di Miri, Sarawak ke Bandar Seri Begawan ditahan ketika mendarat setelah menaiki feri bedekatan Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung.

    Pegawai kastam berkata pemandu terbabit hanya membawa surat penyata kebenaran membawa 200 guni tepung gandum seberat 25 kilogram setiap satu, 25 guni jagung makanan ayam seberat 50 kilogram dan beberapa kotak biskut ringan.

    Bagaimanapun gula yang cuba di-seludup itu disimpan di sebelah bawah timbunan guni tepung dan dalam usaha mengelirukan pemeriksaan, gula berkenaan dibungkus dalam guni seperti bungkusan tepung.

    Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 200 guni gula seberat 50 kilogram setiap guni yang dibawa masuk ke negara ini untuk tujuan perniagaan.

    Berikutan penahanan itu, pemandu serta seorang penumpang dan lori bersama barangan dibawa ke Jabatan Kastam di sini untuk siasatan lanjut.

    Gula adalah menjadi satu larangan dan sekatan atas import dan eksport sejak 1955 dan menjadi kesalahan jika dibawa masuk tanpa kebenaran bertulis daripada Permit Pembekalan Negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda