Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup manusia: Penjara lebih 5 tahun dan denda $6,000

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Mahkamah Rayuan di sini, pada 10 Jun lalu telah mengubah hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perantaraan terhadap pesalah penyeludupan manusia.

    Junaidi Muhtar Ali dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan serta diarahkan untuk membayar denda $6,000 atau tambahan dua bulan penjara jika gagal membayarnya.

    Junaidi disabit bersalah selepas perbicaraan kerana mengatur atau membantu kemasukan secara haram seorang wanita warga Indonesia ke Malaysia pada 2 Mac 2020 demi mendapatkan kewangan atau faedah barangan lain. Dia tidak menafikan dakwaan berkenaan bagaimanapun memohon bagi pengurangan hukuman.

    Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn, memutuskan bahawa hukuman penjara yang dijatuhkan adalah tidak berlebihan tetapi mendapati bahawa tambahan dua bulan penjara jika tidak membayar denda tidak patut diperintahkan.

    “Denda kekal sebagai hutang sivil yang boleh dikuatkuasakan secara biasa,” Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan hukuman penjara dua bulan berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi-Nuraza Pengiran Haji Latiff mewakili pendakwa raya sebagai responden.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda